Pada suatu petang saya berjalan-jalan cari
makan, bunyinya sama tapi tak serupa dengan program sebuah stesyen TV di tanah
air kita “Jalan-jalan Cari makan”. Saya cari makan sekadar mengalas perut,
bukan makan untuk hidup, kerana kebetulan dalam perjalanan balek ke rumah
selepas solat ‘asar dari sebuah masjid di Shah Alam berdekatan dengan tempat
saya tinggal, tiba-tiba perut saya kurang selisa, gastrik agaknya.
Dalam perjalanan balik itu saya terserempak
dengan seorang remaja muslim berumur lebih kurang belasan tahun sedang memakai
kemeja t-shirt seperti gambar yang tertera di atas. Saya terperanjat bukan
kerana baju t-shirtnya akan tetapi kerana tulisan yang terpampang pada baju t
shirt tersebut sehingga secara sepontan terkeluar dari bibir saya ucapan
’Astarghfirullah dik.’
Kemudian saya mendekatinya dan bertanya
sama ada dia faham atau tidak tulisan yang ada pada bajunya itu. Dia menjawab
tidak faham. Dia memakainya kerana ibunya membelinya. Setelah saya jelaskan
kepadanya apa yang tersirat pada tulisan tersebut berdasarkan pemahaman saya,
akhirnya remaja tersebut bersetuju tidak akan memakainya lagi dan dia berjanji
akan berjumpa dengan saya dan akan membawa bersamanya baju tersebut di atas
permintaan saya, untuk saya ambil gambarnya ketika ziarah saya nanti. Selang
beberapa jam selepas itu dia datang ke rumah dengan membawa baju tersebut.
Apa tanggapan dan pendapat anda mengenai
tulisan yang ada pada baju tersebut? Mungkin berbagai-bagai pandangan atau
pendapat yang dikemukan tapi bagi saya ia lebih mempermosikan dan mendakyahkan
doktrin ajaran kristian. Dalam hal ini siapa yang silap? Pada saya tentulah
ibubapanya. Kesilapan tersebut sama ada kerana ibubapanya hanya menguasai ilmu
fiqh sahaja tetapi cetek dalam bidang ilmu tauhid atau memang tidak mempelajari
ilmu-ilmu asas syariah. Kalau begitu, mana mungkin dia dapat memperturunkan
ilmu tersebut kepada anaknya.
Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi
mereka yang bergelar ibubapa hendaklah menguasai ilmu-ilmu asas syariah agar
dapat dijadikan panduan dalam mengharungi lautan hidup yang serba mencabar ini
dan sekali gus dapat dibekalkan kepada anak-anak sebagai warisan kepada mereka.
Dukacita, segelintir ibubapa tidak mengambil berat ilmu-ilmu asas tersebut,
makanya tidak hairanlah kalau ibubapa sangat mengambil berat ilmu-ilmu lain
(fardhu kifayah) selain daripada ilmu tersebut sehingga sanggup berbelanja
lebih dengan mengadakan guru-guru tuition untuk anak anak mereka agar mereka
dapat mengusainya, sehingga terjadilah apa yang terjadi kepada remaja yang
memakai baju t shirt tadi tanpa dapat membezakan mana yang betul dan mana yang
salah.
Dalam kitab “Ta’limul Muta’alim” disebutkan
bahawa ilmu yang wajib dituntut terlebih dahulu adalah “Ilmu Hal” iaitu ilmu
yang wajib dan pasti digunakan dan diamalkan oleh setiap orang yang sudah
baligh seperti ilmu Tauhid dan Ilmu fiqh. Di dalam ilmu Tauhid yang wajib
dipelajari lebih dahulu ialah mengenai keesaan Allah beserta sifat-sifat yang
wajib dan yang mustahil, kepercayaan kepada Malaikat, Kitab-Kitab Allah, Para
Rasul, Hari Kiamat dan beriman kepada qadar baik dan buruk semuanya dari Allah.
Kemudian di dalam ilmu Fiqh yang wajib
dipelajari pula ialah ilmu ubudiah dan muamalah. Setelah menguasai ilmu
tersebut barulah mempelajari ilmu-ilmu lain (fardu Kifayah)/ilmu mengurus
kehidupan, tetapi dukacita
orang lupa di dalam mendidik anaknya, sehingga belum lagi anaknya diberi
pelajaran agama sudah ditingkatkan dengan ilmu-ilmu umum.Maka jadilah anaknya itu orang yang buta
agama dan lalu meringankan kewajipan-kewajipan agamanya. Dalam
hal ini ibubapa perlu sekali membekalkan anak mereka dengan ilmu keagamaan
sebelum seorang anak mempelajari ilmu ilmu umum.
Al-Quran
dan pendidikan anak-anak
Dalam surah Luqman:31 bermula dari ayat 12
hingga ke ayat 19 terdapat nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Ini adalah
isyarat dari Allah s.w.t. supaya setiap ibubapa melaksanakan pula
pengajaran-pengajaran tersebut kepada anak-anak mereka sebagai amal jariah ibubapa
dan sebagai aset Negara demi pembangunan agama, bangsa dan tanah air pada masa
hadapan. Firman Allah yang ertinya: ”Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada
anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “ Hai anakku, janganalah kamu mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (13) Dan Kami perintahkan
kepada manusia (berbuat baik)
kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan
lemah yang bertamba-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang
ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (14) Dan jika keduanya memaksamu untuk
mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,
maka janganlah kamu mengikuti keduanyadan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan
ikutilah jalan yang kembali kepadaku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu,
maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (15) (Luqman berkata): Hai
anaku, ssungguhnya jika ada
sesuatu perbuatan seberat sebiji sawi, dan berada dalam batu atau
di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah
akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus
lagi Maha Mengetahui. (16)
Hai anakku, dirikan lah solat
dan suruh lah manusia mengerjakan
yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
(17)
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. Dan
janganlah kamu memalingkan mukamu
dari manusia kerana sombong dan janganlah
kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (18) Dan sederhanalah kamu
dalam berjalan dan lunakkanlah
suaramu. Sesunguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)
10 Pengajaran yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya. Yang akan saya
huraikan di bawah pengajaran tentang tauhid.
1. Tidak
mensyirikkan Allah/Mentauhidkan
Allah sama ada dari segi zatnya, perbuatan, sifatnya, namanya
dan beribadat selain kepada Allah s.w.t. Dan syrik adalah perbuatan yang amat zalim.
Seruan mentaudhidkan Allah adalah matlamat
utama para Rasulullah saw diutuskan.
Rujuk surah Al-ambiya: 25, dan merupakan
ajaran pokok dalam semua ajaran Islam sebagaimana penegasan Dr Abdul Karim
Zaidan: “Tauhid di dalam Islam merangkumi setiap aspek Islam itu sendiri.
Setiap aspek dari ajaran Islam itu merupakan manifestasi daripada kalimah
tauhid.” Rukun-rukun Islam yang lain dan ajaran-ajaran Islam seluruhnya,
berpusat di sekitar kalimah tauhid ini. kerana itu sambung Dr Abd Karim Zaidan
lagi : “Tauhid itu hati bagi Islam dan
asasnya. Daripadanya memancar seluruh sistem-sistem, hukum hakam,
suruhan-suruhan dan method-methodnya. Setiap yang terkandung di dalamnya
merupakan ibadah-ibadah dan hukum hakam yang mengukuhkan dan memperteguhkan
Islam itu di dalam hati para mukmin”
Cara memurnikan Tauhid.
Bagaimana
caranya untuk menjamin supaya pegangan Tauhid kita itu bersih daripada sebarang
syirik supaya pegangan kita menjadi mantap, pemeliharaannya menjadi kukuh,
mencengkam kukuh akarnya, tegak batangnya, bercabang dahannya, merimbun daunnya
sehingga dapat memayungi orang yang berteduh di bawahnya serta dapat pula
memetik buahnya sebagaimana yang digambar oleh Allah SWT dalam Surah:Ibrahim:
24-25. Caranya tidak lain seperti yang ditegaskan oleh Prof. Dr Yusuf Qardawi
ialah dengan:
A-Mengikhlaskan ubudiah kepada Allah swt
iaitu:-
(1) Jangan menjadikan yang lain dari Allah
sebagai Tuhan, mengagungkannya seperti mengagungkan Allah.(Rujuk
surah:Al-Anam:164)
(2) Jangan mengambil selain daripada Allah
sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti mencintai Allah. (Rujuk S:Al-Anam:14)
(3)
Jangan mencari hakim selain Allah, memberi ketaatan kepadanya seperti memberi
ketaatan kepada Allah. (Rujuk Surah:Al-Anam:114
B-Mengkufurkan segala Thaghut iaitu:
(1) Dengan membersihkan ubudiah kepada
Allah serta membersihkan hak keuluhiyyahan(ketuhanan) kepadanya baik dari sudut
kebesarannya, kecintaannya dan ketaatannya.
(2) Mengkufurkan tahghut dan membersihkan
diri dari apa yang disembah dan ditaati selain daripada Allah. (Rujuk
S:Al-Baqarah:256)
C- Memelihara diri dari syirik dan
menjauhkannya iaitu dengan mengetahui tentang semua jenis syirik, baik syirik
kecil atau syirik besar, terang atau tidak dan membawa kepada pembebasan diri
dari setiap unsur syirik, berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh
terjerumus ke dalamnya.
Bahaya Syirik
1.Dosa yang tidak
akan diampunkan oleh Allah jika tidak bertaubat kepada Allah SWT sebelum ajal. (Rujuk
Surah an-Nisa’: 4:48)
2.Memusnahkan
semua amal. (Rujuk Surah al-An’am: 6:88)
3.Menjatuhkan
kemuliaan manusia, membuat jiwa tidak tenang dan membawa kepada kehinaan. (Rujuk Surah al-Haj: 22:31)
4.Kekal di dalam
Neraka. (Rujuk Surah al-Maidah: 5:72)
5.Kezaliman yang
amat besar. (Rujuk Surah Luqman: 31:13)
6.Kesesatan yang
amat nyata. (Rujuk Surahal-Syu’ara’:
26:97-98)
Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan
ini, mudah-mudahan hari yang mendatang akan ditempohi dan disulami dengan
ketaatan kepada Allah SWT serta menjauhi segala larangan Allah. Ketahuilah
wahai sahabat-sahabatku sekalian jiwa yang selamat sejahtera ialah amat sedikit
dosa dalam diri kita.
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat
daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan RasulNya), kerana
mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat
(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah
orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang
memerangi hawa nafsunya. "Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat,
maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya,
bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan
mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.
Rasulullah
S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan disoal
akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari IbnuUmar R.A. Semua
anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di Padang Mahsyar. Firman Allah S.W.T :
"Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu
dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah
An Nur : Ayat 24. "Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut
mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan
Kami kaki-kaki mereka terhadap
apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." SurahYassin :
ayat 65.
Pengajaran dari ayat yang tersebut di atas
ialah agar kita sentiasa memelihara hubungan baik kita dengan Allah SWT dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala apa yang ditegahNya, dan untuk kita
menjadi taat dan patuh kepada Allah dengan kita menjaga 7 anggota badan kita
agar ianya tidak merosak atau mencederakan seluruh jasad kita semasa di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Pesan Imam Al-Haris Muhasibii agar kita
sentiasa beringat atas 7 anggota badan kita ini:-
1) Menjaga Mata. Pandanganlah paling banyak
mengalih manusia kepada maksiat dari itu haruslah berjaga-jaga dalam pandangan
mata kita kerana mata akan dipertanggungjawabkan ke atas manusia yang tidak
menjaganya dari maksiat. Elakkanlah dari mengintai keaiban orang lain. Tutuplah
aib orang jika ianya mendatangkan kemudaratan dan jauhkan dari penyelidikan.
Ingatlah pandangan itu adalah pandangan anak iblis. Meninggalkan pandangan
tidak elok dengan penuh keimanan kepada Allah nescaya Allah akan campakkan
kelazatan iman dalam diri kita kepada Allah SWT.
2) Menjaga Telinga. Pendengaran kita ada
kait mengait dengan mata dan mulut maka kalau sesuatu yang tidak boleh
dipandang mata, maka mulut dan telinga (pendengaran) turut sama tidak boleh
terlibat. Tiada anggota yang boleh mendatangkan kecederaan yang sangat parah
kepada jasad selain mata dan mulut ialah pendengaran. Rasulullah S.A.W.
bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat
orang lain) adalah bersekutu (di dalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan
dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
3) Menjaga lidah. Lidah adalah anggota yang
paling berkesan ke atas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Hendaklah
kita bersedia untuk bercakap benar dan carilah cara yang terbaik untuk tidak
menyakiti orang lain dengan lidah baik secara terang atau secara sembunyi dan
berusahalah untuk meninggalkan bercakap lebih-lebihan. Berapa ramai nanti manusia
yang akan dihumban ke dalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Rasulullah
S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan
satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab
percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan
dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." -
Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. Pesan Nabi s.a.w lagi,
”Barangsiapa yang boleh menjamin bagiku akan lidah dan kemaluannya maka aku
akan jamin syurga baginya.”
4) Menjaga perut. Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau
yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. Luqman Al-Hakim
menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka
gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan
malaslah segala anggota badan untuk beribadah.” Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah
b. Mas’ud berkata, “Empat
perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu
kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap
dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”
5) Menjaga Kemaluan. Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh
Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan
mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada
hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.
6) Menjaga Dua Tangan. Menjaga kedua tangan
daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan
atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau
menyakiti perasaan orang lain. Apabila kamu mempunyai kuasa janganlah gunakan
ianya untuk menyakiti orang bawahan kamu atau kepentingan kamu sendiri, kerana
kuasa yang ada pada tangan kamu itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.
7) Menjaga Dua Kaki. Memelihara kedua kaki
dari berjalan ke tempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah
yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati di atas
kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang
zalim. Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang
yang zalim, nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." - Surah Hud : ayat
113.
Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu
bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu
tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu. Sabda
Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan
dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang
Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak
berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat
dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At
Tirmizi.Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali)
"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua
perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh
kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam
Malik)
Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal
dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab
ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar
mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin
Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.
Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang
dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya
penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira
terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah
itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi
atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu
Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan
meminum arak sehingga mabuk.
Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani
Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu
mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu
mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka
dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya
menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah
perkosaan.
Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak
yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian
yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu
ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.
"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih
bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku.” Mendengar kenyataan
tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata
lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama
Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau
haram?" Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin,
Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan
daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."
Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani
Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang. Perempuan itu pun
menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.Sayyidina Umar
mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.
Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai jariyah (jariyah adalah
panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang
sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya
dan seadil-adilnya.”
Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan
kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku
sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an.” Lalu Sayyidina Umar mengambil
mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah
hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin,
sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah.”
Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau
telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat,
katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap
di sini sehingga aku kembali.”
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain
untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang
sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan
anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah
sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang
dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama
dengan anaknya.
Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya:
"Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku
kembali.” Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika
itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata:
"Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku
sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia.”
Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata,
"Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir
bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah
wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam”
Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah
Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi
dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam
keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau
bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku,
kalau tidak engkau akan binasa.”
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil
diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku
lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu.”
Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat
suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang
pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah
memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.”
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat
para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. "Mengapa ayahanda melakukan
ini?" Tanya Abu Syahamah. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa
di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab
Sayyidina Umar dengan tegas.
Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan
nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di
hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.” Jawab Sayyidina Umar:
"Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan
nama baik ayah.”
Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah
di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai
sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah
mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi.”
Kemudian Sayyidina Umar memerintah botany (hambanya): "Wahai Muflih,
pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan
kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah.”
Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu
akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila
diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai
ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku.”
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih
panas dari jasadmu.” Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak
sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah
aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.”
Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut
kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan.” Setelah itu
Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan
lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan
nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat.”
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai
aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah
dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau
akan dipukul seumpama ini lagi.”
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh kali sebatan lagi. Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku,
dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air.”
Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya
ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air
minum.”
Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai
ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku.”
Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku
kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di athirst.”Sayyidina
Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali
sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku,
tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?”
Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan kasihan kepadamu
sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat
nanti.” Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh
rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku,
rasanya seperti sudah sampai ajalku..…”
Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika
engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku
kepadanya, katakana bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati.”
Di saat yang semakin hiba ini
Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali
rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha
memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah,
mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?”
Kemudian salah seorang sahabat pun
menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin,
hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia.”
Sayyidina Umar dengan tegas berkata:
"Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah
dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi
kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah.” Mendengar
penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah,
sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan
lagi.
Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala
dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan
yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari
kiamat.
Kemudian berkata Sayyidina Umar:
"Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih
pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. "Wahai Muflih, cukuplah
pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak
bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian
umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke
masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu,
malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.
Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul
Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disembarking
oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.
Setelah selesai jenazah Abu Syahamah
dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu
dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan
purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan
berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata:
"Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu
kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak
mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah
menyediakan baginya beberapa mahligai dan beebread bilik di dalam Jannatun
Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah
sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the Alamin, the Most Beneficent, the Most Merciful. The Only Owner and the Only Ruling Judge of the day of Recompense : e the Day of the Resurrection. You Alone we worship and You Alone we ask for help for each and Everything. Guide us to the straight way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not the way of those who earned Your Anger, nor of those who went astray
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia
Sampaikanlah walaupun sepotong ayat
Sahal bin Saat meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu pergi ke masjid di dalam kegelapan malam kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada Hari Hisab nanti."
The only thing that stands between a man and what he wants from life is often merely the will to try it and the faith to believe it is possible"
"Success is nothing more than a few simple disciplines, practiced every day; while failure is simply a few errors in judgement, repeated every day. It is the accumulative weight of our disciplines and our judgements that leads us to either fortune or failure."
Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran