<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "294552"; google_color_bg = "294552"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&what=zone:3"); document.write ("&exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> Kenali Muhammad bin Abdullah « ~ Musafir ~



BismiLLAHirrahmaanirrahiim..."Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah - Imam As-Syahid Hassan Al Banna...









In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the Alamin, the Most Beneficent, the Most Merciful. The Only Owner and the Only Ruling Judge of the day of Recompense : e the Day of the Resurrection. You Alone we worship and You Alone we ask for help for each and Everything. Guide us to the straight way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not the way of those who earned Your Anger, nor of those who went astray







Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)












Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia


Sampaikanlah walaupun sepotong ayat

Sahal bin Saat meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu pergi ke masjid di dalam kegelapan malam kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada Hari Hisab nanti."




The only thing that stands between a man and what he wants from life is often merely the will to try it and the faith to believe it is possible"

"Success is nothing more than a few simple disciplines, practiced every day; while failure is simply a few errors in judgement, repeated every day. It is the accumulative weight of our disciplines and our judgements that leads us to either fortune or failure."

Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end





CLICK HERE TO LISTEN










































ISLAM TV CHANNEL





Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran














If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Wednesday, March 04, 2009
Kenali Muhammad bin Abdullah

 

Assalamualaikum...

 

Nabi s.a.w dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah pada pagi hari Isnin 9 Rabi'ul Awal tahun pertama peristiwa gajah dan empat tahun setelah berlalunya pemerintahan Kisra Anosyarwan. Ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 (M) berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan seorang lagi penganalisis ahli falak iaitu Mahmud Basya.[1]

 

Ibn Sa'ad meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w pernah berkata: "Setelah aku melahirkannya keluar dari farajku cahaya yang menerangi untuknya istana-istana di Syam." Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang hampir sama maksudnya dari al-'Irbad bin Saryah.[2]

 

Diriwayatkan bahawa perkara-perkara luar biasa (irhas) sebagai tanda perutusan Rasulullah s.a.w telah terjadi ketika baginda dilahirkan. Semasa baginda dilahirkan empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur, api yang disembah oleh orang-orang Majusi terpadam dan gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap ke dalam bumi. Berita ini diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi. [3] Muhammad al-Ghazali tidak memperakui berita ini. [4]

 

Apabila baginda dilahirkan ibunya menghantar utusan kepada 'Abd al-Muttalib menyampaikan berita gembira itu. Lalu datanglah 'Abd al-Muttalib dengan penuh girang dan masuk ke Ka'bah serta berdoa dan bersyukur kepada Allah Taala. Dia memilih untuk cucunya itu nama Muhammad – nama ini tidak pernah dikenali di kalangan orang-orang Arab ketika itu – dan dikhatankannya pada hari ketujuh sebagaimana kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang Arab. [5]

 

Orang pertama menyusukan baginda s.a.w selepas ibunya ialah Thuwaybah hamba Abu Lahab dengan susu bayinya yang bernama Masruh. Sebelum itu dia juga telah menyusui Hamzah bin 'Abd al-Muttalib dan selepasnya dia menyusui Abu Salamah bin 'Abdul Asad al-Makhzumiy. [6]

 

Nabi s.a.w adalah seorang yang istimewa dengan keindahan fizikal dan akhlaknya yang tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata. Kehebatan peribadi baginda itu dapat dilihat dengan hati-hati manusia yang merasa kagum dengannya. Berapa ramai orang yang sanggup berkorban jiwa raga demi kerana mempertahan dan membesarkan baginda, yang tak pernah dirakamkan dalam pentas sejarah dunia kepada mana-mana orang jua selain baginda.

 

Orang-orang yang pernah bergaul dengan baginda sangat mencintainya sehingga sampai ke tahap mabuk kepayang. Mereka tidak memperdulikan lagi, biarpun dipenggal leher atau ditanggalkan kuku mereka. Kecintaan yang begitu mendalam adalah tidak lain kerana kesempurnaan-kesempurnaan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w yang mempersonakan dan tidak dikurniakan kepada orang lain.

 

Dalam satu riwayat daripada Ali bin Abu Talip, beliau menyebutkan: "Baginda seorang yang mempunyai kepala yang besar, menonjol tulang-tulang sendinya, bulu-bulu antara dada dan pusatnya halus dan panjang, jika berjalan maka menunduk ke hadapan bagaikan sedang menuruni cerun."[7]

 

Anas bin Malik berkata: "Baginda seorang yang luas tapak tangannya." Katanya lagi: "Seorang yang putih kemerahan, tidak putih melepak dan tidak terlalu sawo matang, semasa baginda wafat di kepala dan janggutnya hanya terdapat uban yang tidak melebihi dua puluh helai."[8]

 

Al-Barra' berkata: "Baginda adalah seorang yang sederhana, lebar dua bahunya, mempunyai rambut yang mencecah cuping telinganya. Aku pernah melihatnya memakainya hullah (pakaian yang biasanya dipakai sepasang) berwarna merah, tak pernah aku lihat sesuatu yang indahnya. [9]

 

Al-Barra' berkata: "Baginda ialah orang yang paling tampan wajahnya dan paling indah akhlaknya." [10]

 

Anas berkata: "Tak pernah aku sentuh sutera halus atau sutera tebal yang terasa lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w dan tak pernah aku hidu bau, -dalam satu riwayat- tak pernah aku hidu anbar atau kasturi atau sebarang wangian yang terlebih harum daripada Rasulullah s.a.w. [11]

 

Di antara dua belikatnya ada cop kenabian seperti telor burung merpati yang mirip tubuhnya. Kedudukannya terletak di bahagian atas belikat kirinya, bagaikan gengaman tapak tangan yang di atasnya terdapat belang (tanda) seperti otot. [12]

 

Nabi s.a.w adalah seorang yang istimewa dengan kefasihan lidahnya dan tutur katanya yang jelas. Dalam hal ini baginda adalah orang yang terbaik dan semua orang sedia maklum tentangnya. Baginda seorang yang bersikap pemudah. Perkataannya yang diucapkan jelas dan terang, bicaranya fasih, tepat pengertiannya dan tidak memberat-beratkan percakapannya. Baginda dikurniakan jawami' al-kalim (lidah yang fasih dan penerangan yang tepat), keputusan yang dibuatnya adalah tepat.

 

Baginda Rasulullah s.a.w seorang yang tabah dan cekal, seorang yang pemaaf walaupun berupaya membalas, sabar menghadapi segala yang tidak disenanginya. Ianya adalah sifat-sifat luhur yang dengan sifat itu Allah mendidiknya. Sifat pemurah dan dermawannya tiada tandingannya. Baginda memberi sesuatu pemberian tanpa bimbang kefakiran.

 

Keberanian dan keperkasaan baginda sedia dimaklumi. Baginda adalah orang yang paling berani. Baginda hadir pada semua tempat yang sukar. Bukan sekali musuh yang bersembunyi atau jaguh yang berani melarikan diri daripadanya, tetapi baginda tetap dan tidak berganjak, maju ke hadapan dan tidak mundur, tidak goyah.

 

Baginda adalah orang yang sangat pemalu dan menundukkan pandangan. Abu Sa'id al-Khudriy berkata: "Baginda seorang yang sangat malu lebih daripada gadis sunti dalam tabirnya. Kalau baginda tidak menyenangi sesuatu maka tampak kelihatan melalui raut wajahnya." [13] Baginda tidak menajamkan pandangan ke arah muka seseorang, sentiasa menundukkan anak matanya, pandangannya ke bumi lebih banyak dari pandangannya ke langit.

 

Baginda s.a.w adalah seorang yang paling adil dan paling menjaga kehormatannya, paling benar tutur bicaranya dan paling amanah. Semua itu diakui oleh kawan dan lawan. Sebelum menjadi nabi baginda digelar dengan gelaran al-Amin (yang amanah). Semasa jahiliah, sebelum kedatangan Islam baginda dilantik untuk menjadi hakim. At-Tirmidhi meriwayatkan sebuah hadith yang bersumberkan daripada Ali bahawa Abu Jahal pernah berkata kepada baginda: "Sesungguhnya kami tidak mendustaimu, tetapi kami mendustai apa yang engkau bawa." Lalu Allah menurunkan firman-Nya : "…sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)" (Al-An'am: 33) [14]

 

Baginda adalah orang yang paling merendah diri dan paling jauh daripada kesombongan. Baginda melarang orang bangun untuk menghormatinya sebagaimana yang biasa dilakukan kepada raja-raja. Baginda sering melawat orang miskin dan mendampingi orang-orang fakir. Baginda adalah orang yang tidak pernah memungkiri janji, paling mengeratkan tali perhubungan persaudaraan, paling mengasihani manusia, paling baik dalam pergaulan dan adab, paling luhur akhlaknya, sangat kasih kepada orang fakir miskin.

 

Secara umumnya Nabi s.a.w telah dihiasi dengan sifat-sifat yang sempurna yang tiada tolok bandingnya seperti mana yang telah dinyatakan Allah dalam al-Quran: "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulai." (Al-Qalam : 4)

 

Sifat-sifat Rasulullah s.a.w yang disebut di sini hanyalah beberapa coretan yang terhad daripada gambaran kesempurnaan dan keagungan sifatnya. Namun hakikat sebenarnya tentang kemuliaan dan sifat-sifat yang melengkapi tidak dapat ditanggapi dan tidak dapat diselami lubuk dasarnya. Siapakah yang berupaya untuk mengetahui hakikat sebenar manusia paling agung dalam kewujudan ini dan mencapai tingkat paling sempurna, yang mendapat sinar cahaya Tuhannya sehingga akhirnya al-Quran itu menjadi akhlaknya?

 

Ya Allah rahmatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

 

Wallahu'alam…Safiyyu al-Rahman al-Mubarak Furi

 

Nota

 

[1] Al-Khadriy. Op.cit, 1/62. Rahmah Li al-Alamin, 1/38, 39. Kelainan pendapat mereka tentang tarikh sebenar pada bulan April itu adalah ekoran perbezaan pendapat tentang pengiraan kalendar Masihi. Tarikh 9 Rabiulawal adalah berdasarkan kepada kajian penulis. Manakala tarikh 12 Rabiulawal adalah tarikh yang diterima umum.

 

[2] Al-Syeikh Abdullah al-Najdiy. Op.cit, hlm 12. Ibn Sa'ad, 1/63

 

[3] Ibid.

 

[4] Muhammad al-Ghazaliy, Fiqh al-Sirah, hlm 46.

 

[5] Ibn Hisham, 1/159, 160. Al-Khadriy, op.cit, 1/62. Dikatakan bahawa baginda dilahirkan dalam keadaan telah sedia berkhatan. Rujuk : Talqih fuhum Ahl al-Athar, hlm 4. Ibn al-Qayyim berkata : Keterangan ini tidak didapati sebarang hadis yang sabit. Rujuk : Zad al-Ma'ad, 1/18.

 

[6] Talqih fuhum Ahl al-Athar, hlm 4, Al-Syeikh Abdullah al-Najdiy. Op.cit, hlm 13.

 

[7] Jami al-Tirmidhi Ma'a Syarhihi Tuhfatu al-Ahwadhiy, 4/303.

 

[8] Sahih al-Bukhari, 1/502.

 

[9] Ibid.

 

[10] Ibid, 1/502, Sahih Muslim, 2/258.

 

[11] Sahih al-Bukhari, 1/503. Sahih Muslim, 2/257.

 

[12] Sahih Muslim, 2/259-260.

 

[13] Sahih al-Bukhari, 1/504.

 

[14] Mishkah al-Masabih, 1/504.


Posted at 06:18 am by HARATZ

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry