<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "294552"; google_color_bg = "294552"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&what=zone:3"); document.write ("&exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> ~ Musafir ~



BismiLLAHirrahmaanirrahiim..."Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah - Imam As-Syahid Hassan Al Banna...


Sunday, March 22, 2009
Pesan dan nasihat



Assalamualaikum...

 

Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan kurnia kepada kita semua untuk terus beribadah kepadaNya dengan penuh ketaqwaan dan juga bersyukur kepadaNya atas limpah rahmat nikmat iman, masih dapat menikmati udara yang Allah berikan tanpa bayaran satu sen pun, dapat terus hidup di muka bumi ini dengan penuh nikmat yang tidak pernah putus dari Allah SWT. Dari itu wahai saudara saudari yang dikasihi sekalian ingatlah bahawa kita hidup di muka bumi ini tidak akan kekal, akhirat jualah tempat tinggal kita buat selama-lamanya, oleh itu ingatlah segala pesan Imam Al-Harith Muhasibii:-

 

1. Perelokkan atau perkemaskan persiapan kamu untuk hidup di akhirat.

  • Jangan abaikan segala apa jua kebaikan dan masa yang Allah sediakan di dunia.
  • Berpegang teguhlah dengan sunatullah.
  • Lihatlah aib atau kelemahkan diri kita.
  • Bila ada kelebihan yang Allah kurniakan haruslah berjaga-jaga.
  • Jangan gunakan kedudukan (pangkat) untuk kepentingan diri.
  • Jangan meminta sesuatu yang bukan hak kita.
  • Jangan bermegah-megah atas kurniaan Allah yang menyaluti tubuh badan kita.
  • Berikan kemaafan kepada orang-orang yang melakukan dosa kepada kita moga Allah angkatkan darjat kita.

2. Bersungguh-sungguhlah untuk memperelokkan bekalan ke akhirat.

 

3. Jadikanlah diri kita sendiri tempat untuk dinasihat serta tanyakanlah diri akan amalan-amalan kita dalam menuju redha Allah SWT dan lazimkanlah diri kita dengan amalan-amalan yang baik.

 

4. Fahamilah diri sendiri iaitu dengan sibuk menasihati diri serta urusan dengan masyarakat dalam perkara agama, kehidupan, pergaulan dan sebagainya. Lakukanlah perkara-perkara yang kita yakini dan tinggalkan perkara-perkara yang samar-samar.

 

5. Bangunlah dari kelalaian kita.

 

6. Gunakanlah sepenuh masa yang Allah peruntukkan untuk kita di dunia ini dalam perkara-perkara yang baik, kerana umur adalah amanah dan kita akan dipersoalkan nanti bagaimana ianya dihabiskan serta harta yang dibelanjakan untuk tujuan apa dan bagaimana kita perolehi.

 

7. Amalkan tegur menegur dalam perkara kebaikan kerana itu tandanya kita berkasih sayang.

 

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : "Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?" . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH sangat dekat. (Surah al-Baqarah, 2:214)


Posted at 09:26 am by HARATZ
Pandangan anda  




Wednesday, March 04, 2009
Kenali Muhammad bin Abdullah

 

Assalamualaikum...

 

Nabi s.a.w dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah pada pagi hari Isnin 9 Rabi'ul Awal tahun pertama peristiwa gajah dan empat tahun setelah berlalunya pemerintahan Kisra Anosyarwan. Ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 (M) berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan seorang lagi penganalisis ahli falak iaitu Mahmud Basya.[1]

 

Ibn Sa'ad meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w pernah berkata: "Setelah aku melahirkannya keluar dari farajku cahaya yang menerangi untuknya istana-istana di Syam." Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang hampir sama maksudnya dari al-'Irbad bin Saryah.[2]

 

Diriwayatkan bahawa perkara-perkara luar biasa (irhas) sebagai tanda perutusan Rasulullah s.a.w telah terjadi ketika baginda dilahirkan. Semasa baginda dilahirkan empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur, api yang disembah oleh orang-orang Majusi terpadam dan gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap ke dalam bumi. Berita ini diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi. [3] Muhammad al-Ghazali tidak memperakui berita ini. [4]

 

Apabila baginda dilahirkan ibunya menghantar utusan kepada 'Abd al-Muttalib menyampaikan berita gembira itu. Lalu datanglah 'Abd al-Muttalib dengan penuh girang dan masuk ke Ka'bah serta berdoa dan bersyukur kepada Allah Taala. Dia memilih untuk cucunya itu nama Muhammad – nama ini tidak pernah dikenali di kalangan orang-orang Arab ketika itu – dan dikhatankannya pada hari ketujuh sebagaimana kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang Arab. [5]

 

Orang pertama menyusukan baginda s.a.w selepas ibunya ialah Thuwaybah hamba Abu Lahab dengan susu bayinya yang bernama Masruh. Sebelum itu dia juga telah menyusui Hamzah bin 'Abd al-Muttalib dan selepasnya dia menyusui Abu Salamah bin 'Abdul Asad al-Makhzumiy. [6]

 

Nabi s.a.w adalah seorang yang istimewa dengan keindahan fizikal dan akhlaknya yang tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata. Kehebatan peribadi baginda itu dapat dilihat dengan hati-hati manusia yang merasa kagum dengannya. Berapa ramai orang yang sanggup berkorban jiwa raga demi kerana mempertahan dan membesarkan baginda, yang tak pernah dirakamkan dalam pentas sejarah dunia kepada mana-mana orang jua selain baginda.

 

Orang-orang yang pernah bergaul dengan baginda sangat mencintainya sehingga sampai ke tahap mabuk kepayang. Mereka tidak memperdulikan lagi, biarpun dipenggal leher atau ditanggalkan kuku mereka. Kecintaan yang begitu mendalam adalah tidak lain kerana kesempurnaan-kesempurnaan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w yang mempersonakan dan tidak dikurniakan kepada orang lain.

 

Dalam satu riwayat daripada Ali bin Abu Talip, beliau menyebutkan: "Baginda seorang yang mempunyai kepala yang besar, menonjol tulang-tulang sendinya, bulu-bulu antara dada dan pusatnya halus dan panjang, jika berjalan maka menunduk ke hadapan bagaikan sedang menuruni cerun."[7]

 

Anas bin Malik berkata: "Baginda seorang yang luas tapak tangannya." Katanya lagi: "Seorang yang putih kemerahan, tidak putih melepak dan tidak terlalu sawo matang, semasa baginda wafat di kepala dan janggutnya hanya terdapat uban yang tidak melebihi dua puluh helai."[8]

 

Al-Barra' berkata: "Baginda adalah seorang yang sederhana, lebar dua bahunya, mempunyai rambut yang mencecah cuping telinganya. Aku pernah melihatnya memakainya hullah (pakaian yang biasanya dipakai sepasang) berwarna merah, tak pernah aku lihat sesuatu yang indahnya. [9]

 

Al-Barra' berkata: "Baginda ialah orang yang paling tampan wajahnya dan paling indah akhlaknya." [10]

 

Anas berkata: "Tak pernah aku sentuh sutera halus atau sutera tebal yang terasa lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w dan tak pernah aku hidu bau, -dalam satu riwayat- tak pernah aku hidu anbar atau kasturi atau sebarang wangian yang terlebih harum daripada Rasulullah s.a.w. [11]

 

Di antara dua belikatnya ada cop kenabian seperti telor burung merpati yang mirip tubuhnya. Kedudukannya terletak di bahagian atas belikat kirinya, bagaikan gengaman tapak tangan yang di atasnya terdapat belang (tanda) seperti otot. [12]

 

Nabi s.a.w adalah seorang yang istimewa dengan kefasihan lidahnya dan tutur katanya yang jelas. Dalam hal ini baginda adalah orang yang terbaik dan semua orang sedia maklum tentangnya. Baginda seorang yang bersikap pemudah. Perkataannya yang diucapkan jelas dan terang, bicaranya fasih, tepat pengertiannya dan tidak memberat-beratkan percakapannya. Baginda dikurniakan jawami' al-kalim (lidah yang fasih dan penerangan yang tepat), keputusan yang dibuatnya adalah tepat.

 

Baginda Rasulullah s.a.w seorang yang tabah dan cekal, seorang yang pemaaf walaupun berupaya membalas, sabar menghadapi segala yang tidak disenanginya. Ianya adalah sifat-sifat luhur yang dengan sifat itu Allah mendidiknya. Sifat pemurah dan dermawannya tiada tandingannya. Baginda memberi sesuatu pemberian tanpa bimbang kefakiran.

 

Keberanian dan keperkasaan baginda sedia dimaklumi. Baginda adalah orang yang paling berani. Baginda hadir pada semua tempat yang sukar. Bukan sekali musuh yang bersembunyi atau jaguh yang berani melarikan diri daripadanya, tetapi baginda tetap dan tidak berganjak, maju ke hadapan dan tidak mundur, tidak goyah.

 

Baginda adalah orang yang sangat pemalu dan menundukkan pandangan. Abu Sa'id al-Khudriy berkata: "Baginda seorang yang sangat malu lebih daripada gadis sunti dalam tabirnya. Kalau baginda tidak menyenangi sesuatu maka tampak kelihatan melalui raut wajahnya." [13] Baginda tidak menajamkan pandangan ke arah muka seseorang, sentiasa menundukkan anak matanya, pandangannya ke bumi lebih banyak dari pandangannya ke langit.

 

Baginda s.a.w adalah seorang yang paling adil dan paling menjaga kehormatannya, paling benar tutur bicaranya dan paling amanah. Semua itu diakui oleh kawan dan lawan. Sebelum menjadi nabi baginda digelar dengan gelaran al-Amin (yang amanah). Semasa jahiliah, sebelum kedatangan Islam baginda dilantik untuk menjadi hakim. At-Tirmidhi meriwayatkan sebuah hadith yang bersumberkan daripada Ali bahawa Abu Jahal pernah berkata kepada baginda: "Sesungguhnya kami tidak mendustaimu, tetapi kami mendustai apa yang engkau bawa." Lalu Allah menurunkan firman-Nya : "…sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)" (Al-An'am: 33) [14]

 

Baginda adalah orang yang paling merendah diri dan paling jauh daripada kesombongan. Baginda melarang orang bangun untuk menghormatinya sebagaimana yang biasa dilakukan kepada raja-raja. Baginda sering melawat orang miskin dan mendampingi orang-orang fakir. Baginda adalah orang yang tidak pernah memungkiri janji, paling mengeratkan tali perhubungan persaudaraan, paling mengasihani manusia, paling baik dalam pergaulan dan adab, paling luhur akhlaknya, sangat kasih kepada orang fakir miskin.

 

Secara umumnya Nabi s.a.w telah dihiasi dengan sifat-sifat yang sempurna yang tiada tolok bandingnya seperti mana yang telah dinyatakan Allah dalam al-Quran: "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulai." (Al-Qalam : 4)

 

Sifat-sifat Rasulullah s.a.w yang disebut di sini hanyalah beberapa coretan yang terhad daripada gambaran kesempurnaan dan keagungan sifatnya. Namun hakikat sebenarnya tentang kemuliaan dan sifat-sifat yang melengkapi tidak dapat ditanggapi dan tidak dapat diselami lubuk dasarnya. Siapakah yang berupaya untuk mengetahui hakikat sebenar manusia paling agung dalam kewujudan ini dan mencapai tingkat paling sempurna, yang mendapat sinar cahaya Tuhannya sehingga akhirnya al-Quran itu menjadi akhlaknya?

 

Ya Allah rahmatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

 

Wallahu'alam…Safiyyu al-Rahman al-Mubarak Furi

 

Nota

 

[1] Al-Khadriy. Op.cit, 1/62. Rahmah Li al-Alamin, 1/38, 39. Kelainan pendapat mereka tentang tarikh sebenar pada bulan April itu adalah ekoran perbezaan pendapat tentang pengiraan kalendar Masihi. Tarikh 9 Rabiulawal adalah berdasarkan kepada kajian penulis. Manakala tarikh 12 Rabiulawal adalah tarikh yang diterima umum.

 

[2] Al-Syeikh Abdullah al-Najdiy. Op.cit, hlm 12. Ibn Sa'ad, 1/63

 

[3] Ibid.

 

[4] Muhammad al-Ghazaliy, Fiqh al-Sirah, hlm 46.

 

[5] Ibn Hisham, 1/159, 160. Al-Khadriy, op.cit, 1/62. Dikatakan bahawa baginda dilahirkan dalam keadaan telah sedia berkhatan. Rujuk : Talqih fuhum Ahl al-Athar, hlm 4. Ibn al-Qayyim berkata : Keterangan ini tidak didapati sebarang hadis yang sabit. Rujuk : Zad al-Ma'ad, 1/18.

 

[6] Talqih fuhum Ahl al-Athar, hlm 4, Al-Syeikh Abdullah al-Najdiy. Op.cit, hlm 13.

 

[7] Jami al-Tirmidhi Ma'a Syarhihi Tuhfatu al-Ahwadhiy, 4/303.

 

[8] Sahih al-Bukhari, 1/502.

 

[9] Ibid.

 

[10] Ibid, 1/502, Sahih Muslim, 2/258.

 

[11] Sahih al-Bukhari, 1/503. Sahih Muslim, 2/257.

 

[12] Sahih Muslim, 2/259-260.

 

[13] Sahih al-Bukhari, 1/504.

 

[14] Mishkah al-Masabih, 1/504.


Posted at 06:18 am by HARATZ
Pandangan anda  




Tuesday, February 17, 2009
Coretan dari Guruku



Assalamualaikum...ini adalah coretan dari Guruku

 

Pada suatu petang saya berjalan-jalan cari makan, bunyinya sama tapi tak serupa dengan program sebuah stesyen TV di tanah air kita “Jalan-jalan Cari makan”. Saya cari makan sekadar mengalas perut, bukan makan untuk hidup, kerana kebetulan dalam perjalanan balek ke rumah selepas solat ‘asar dari sebuah masjid di Shah Alam berdekatan dengan tempat saya tinggal, tiba-tiba perut saya kurang selisa, gastrik agaknya.

 

Dalam perjalanan balik itu saya terserempak dengan seorang remaja muslim berumur lebih kurang belasan tahun sedang memakai kemeja t-shirt seperti gambar yang tertera di atas. Saya terperanjat bukan kerana baju t-shirtnya akan tetapi kerana tulisan yang terpampang pada baju t shirt tersebut sehingga secara sepontan terkeluar dari bibir saya ucapan ’Astarghfirullah dik.’

 

Kemudian saya mendekatinya dan bertanya sama ada dia faham atau tidak tulisan yang ada pada bajunya itu. Dia menjawab tidak faham. Dia memakainya kerana ibunya membelinya. Setelah saya jelaskan kepadanya apa yang tersirat pada tulisan tersebut berdasarkan pemahaman saya, akhirnya remaja tersebut bersetuju tidak akan memakainya lagi dan dia berjanji akan berjumpa dengan saya dan akan membawa bersamanya baju tersebut di atas permintaan saya, untuk saya ambil gambarnya ketika ziarah saya nanti. Selang beberapa jam selepas itu dia datang ke rumah dengan membawa baju tersebut.

 

Apa tanggapan dan pendapat anda mengenai tulisan yang ada pada baju tersebut? Mungkin berbagai-bagai pandangan atau pendapat yang dikemukan tapi bagi saya ia lebih mempermosikan dan mendakyahkan doktrin ajaran kristian. Dalam hal ini siapa yang silap? Pada saya tentulah ibubapanya. Kesilapan tersebut sama ada kerana ibubapanya hanya menguasai ilmu fiqh sahaja tetapi cetek dalam bidang ilmu tauhid atau memang tidak mempelajari ilmu-ilmu asas syariah. Kalau begitu, mana mungkin dia dapat memperturunkan ilmu tersebut kepada anaknya.

 

Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibubapa hendaklah menguasai ilmu-ilmu asas syariah agar dapat dijadikan panduan dalam mengharungi lautan hidup yang serba mencabar ini dan sekali gus dapat dibekalkan kepada anak-anak sebagai warisan kepada mereka. Dukacita, segelintir ibubapa tidak mengambil berat ilmu-ilmu asas tersebut, makanya tidak hairanlah kalau ibubapa sangat mengambil berat ilmu-ilmu lain (fardhu kifayah) selain daripada ilmu tersebut sehingga sanggup berbelanja lebih dengan mengadakan guru-guru tuition untuk anak anak mereka agar mereka dapat mengusainya, sehingga terjadilah apa yang terjadi kepada remaja yang memakai baju t shirt tadi tanpa dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah.

 

Dalam kitab “Ta’limul Muta’alim” disebutkan bahawa ilmu yang wajib dituntut terlebih dahulu adalah “Ilmu Hal” iaitu ilmu yang wajib dan pasti digunakan dan diamalkan oleh setiap orang yang sudah baligh seperti ilmu Tauhid dan Ilmu fiqh. Di dalam ilmu Tauhid yang wajib dipelajari lebih dahulu ialah mengenai keesaan Allah beserta sifat-sifat yang wajib dan yang mustahil, kepercayaan kepada Malaikat, Kitab-Kitab Allah, Para Rasul, Hari Kiamat dan beriman kepada qadar baik dan buruk semuanya dari Allah.

 

Kemudian di dalam ilmu Fiqh yang wajib dipelajari pula ialah ilmu ubudiah dan muamalah. Setelah menguasai ilmu tersebut barulah mempelajari ilmu-ilmu lain (fardu Kifayah)/ilmu mengurus kehidupan, tetapi dukacita orang lupa di dalam mendidik anaknya, sehingga belum lagi anaknya diberi pelajaran agama sudah ditingkatkan dengan ilmu-ilmu umum. Maka jadilah anaknya itu orang yang buta agama dan lalu meringankan kewajipan-kewajipan agamanya. Dalam hal ini ibubapa perlu sekali membekalkan anak mereka dengan ilmu keagamaan sebelum seorang anak mempelajari ilmu ilmu umum.

 

Al-Quran dan pendidikan anak-anak

 

Dalam surah Luqman:31 bermula dari ayat 12 hingga ke ayat 19 terdapat nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Ini adalah isyarat dari Allah s.w.t. supaya setiap ibubapa melaksanakan pula pengajaran-pengajaran tersebut kepada anak-anak mereka sebagai amal jariah ibubapa dan sebagai aset Negara demi pembangunan agama, bangsa dan tanah air pada masa hadapan. Firman Allah yang ertinya: ”Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “ Hai anakku, janganalah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (13) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertamba-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (14) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan yang kembali kepadaku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (15) (Luqman berkata): Hai anaku, ssungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat sebiji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (16) Hai anakku, dirikan lah solat dan suruh lah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. (17) Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (18) Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesunguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)

 

10 Pengajaran yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya. Yang akan saya huraikan di bawah pengajaran tentang tauhid.

 

1. Tidak mensyirikkan Allah/Mentauhidkan Allah sama ada dari segi zatnya, perbuatan, sifatnya, namanya dan beribadat selain kepada Allah s.w.t. Dan syrik adalah perbuatan yang amat zalim.

 

Seruan mentaudhidkan Allah adalah matlamat utama para Rasulullah saw diutuskan.

 

Rujuk surah Al-ambiya: 25, dan merupakan ajaran pokok dalam semua ajaran Islam sebagaimana penegasan Dr Abdul Karim Zaidan: “Tauhid di dalam Islam merangkumi setiap aspek Islam itu sendiri. Setiap aspek dari ajaran Islam itu merupakan manifestasi daripada kalimah tauhid.” Rukun-rukun Islam yang lain dan ajaran-ajaran Islam seluruhnya, berpusat di sekitar kalimah tauhid ini. kerana itu sambung Dr Abd Karim Zaidan lagi : “Tauhid itu hati bagi Islam dan asasnya. Daripadanya memancar seluruh sistem-sistem, hukum hakam, suruhan-suruhan dan method-methodnya. Setiap yang terkandung di dalamnya merupakan ibadah-ibadah dan hukum hakam yang mengukuhkan dan memperteguhkan Islam itu di dalam hati para mukmin”

 

Cara memurnikan Tauhid.

 

Bagaimana caranya untuk menjamin supaya pegangan Tauhid kita itu bersih daripada sebarang syirik supaya pegangan kita menjadi mantap, pemeliharaannya menjadi kukuh, mencengkam kukuh akarnya, tegak batangnya, bercabang dahannya, merimbun daunnya sehingga dapat memayungi orang yang berteduh di bawahnya serta dapat pula memetik buahnya sebagaimana yang digambar oleh Allah SWT dalam Surah:Ibrahim: 24-25. Caranya tidak lain seperti yang ditegaskan oleh Prof. Dr Yusuf Qardawi ialah dengan:

 

A-Mengikhlaskan ubudiah kepada Allah swt iaitu:-

 

(1) Jangan menjadikan yang lain dari Allah sebagai Tuhan, mengagungkannya seperti mengagungkan Allah.(Rujuk surah:Al-Anam:164)

(2) Jangan mengambil selain daripada Allah sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti mencintai Allah. (Rujuk S:Al-Anam:14)

(3) Jangan mencari hakim selain Allah, memberi ketaatan kepadanya seperti memberi ketaatan kepada Allah. (Rujuk Surah:Al-Anam:114

 

B-Mengkufurkan segala Thaghut iaitu:

 

(1) Dengan membersihkan ubudiah kepada Allah serta membersihkan hak keuluhiyyahan(ketuhanan) kepadanya baik dari sudut kebesarannya, kecintaannya dan ketaatannya.

(2) Mengkufurkan tahghut dan membersihkan diri dari apa yang disembah dan ditaati selain daripada Allah. (Rujuk S:Al-Baqarah:256)

 

C- Memelihara diri dari syirik dan menjauhkannya iaitu dengan mengetahui tentang semua jenis syirik, baik syirik kecil atau syirik besar, terang atau tidak dan membawa kepada pembebasan diri dari setiap unsur syirik, berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh terjerumus ke dalamnya.

 

Bahaya Syirik

 

1.      Dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah jika tidak bertaubat kepada Allah SWT sebelum ajal. (Rujuk Surah an-Nisa’: 4:48)

2.      Memusnahkan semua amal. (Rujuk Surah al-An’am: 6:88)

3.      Menjatuhkan kemuliaan manusia, membuat jiwa tidak tenang dan membawa kepada kehinaan. (Rujuk Surah al-Haj: 22:31)

4.      Kekal di dalam Neraka. (Rujuk Surah al-Maidah: 5:72)

5.      Kezaliman yang amat besar. (Rujuk Surah Luqman: 31:13)

6.      Kesesatan yang amat nyata. (Rujuk Surah  al-Syu’ara’: 26:97-98)


Posted at 06:53 am by HARATZ
Pandangan anda  




Next Page
 





In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the Alamin, the Most Beneficent, the Most Merciful. The Only Owner and the Only Ruling Judge of the day of Recompense : e the Day of the Resurrection. You Alone we worship and You Alone we ask for help for each and Everything. Guide us to the straight way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not the way of those who earned Your Anger, nor of those who went astray







Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)












Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia


Sampaikanlah walaupun sepotong ayat

Sahal bin Saat meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu pergi ke masjid di dalam kegelapan malam kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada Hari Hisab nanti."




The only thing that stands between a man and what he wants from life is often merely the will to try it and the faith to believe it is possible"

"Success is nothing more than a few simple disciplines, practiced every day; while failure is simply a few errors in judgement, repeated every day. It is the accumulative weight of our disciplines and our judgements that leads us to either fortune or failure."

Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end





CLICK HERE TO LISTEN














 
































ISLAM TV CHANNEL





Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran


















 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed